-->


Khamis, 20 Ogos 2015

Surprise Candle Light Dinner For Husband In Flora Cafe Ampwalk

Sebenarnya ni cerita seminggu yang lepas. Hmm dah basi pun. Nak juga citer kat sini. Entry mungkin agak panjang ye. Dulu saya selalu berangan, lepas kawen kan kitorang laki bini pergi honeymoon kat pulau. Then, tidor kat chalet yang ada pool dalamnya. Katil ditaburi dengan rose merah, ada 2 replika towel berbentuk angsa. Malamnya kitorang dinner di tepi pantai dengan disimbahi cahaya lampu lilin yang menaikkan mood romantik, ada waiter tolong hidang makanan, makanan semua sedap siap ada kek lagi. Sebelah meja pula ada orang main violin..wahh.. kemain kau berangan jah.

Takde maknanya semua tu. Baru kawen seminggu, dah kena berjauhan 3 bulan dengan suami sebab Usop kursus. So, kami takdak proper honeymoon. Tuptup dah dapat anak. hehe. Sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2, saya rancang nak hadiahkan sesuatu untuk suami. Sesekali biarlah bini pula yang belanja. Kempunan kan nak candle light dinner.

LELAKI INI..

Mencintaiku seadanya.
Menerima segala kekuranganku.
Bersabar dengan karenahku.
Pemberi semangat.
LELAKI INI.
Rajin ke pasar. Pengetahuan tentang ikan, ayam, daging melebihiku.
Rajin membantu menguruskan hal rumah tangga.
Generator Rezekiku.
Mengajarku supaya menjadi lebih matang.

Dulu,
Sebelum kahwin, aku segan nak menunjuk kasih sayang untuk keluarga.
Alhamdulillah, sekarang tidak lagi. In shaa Allah masih diperbaiki.
Sebelum kahwin, aku kurang mengambil berat tentang aurat.
Sekarang, alhamdulillah sudah berstokin. In shaa Allah akan diperbaiki lagi. Doakan saya ya sahabat.

Saya jarang memberi hadiah untuk suami sejak dari zaman bercinta.
Tapi suami sangat baik dengan saya.
Inilah hadiah romantis saya buat suami.
Cinta pertamaku sejak dari umur 17. ♥♥
Mohon Doakan perjalanan cinta ini berkekalan hingga ke jannah.
Terima kasih.

P/s: hahaha..saja bajet geli-geli romantik sikit. Madah tu sebenarnya saya postkan di Facebook. Cuma copy dan pastekan di sini.

Saya decide nak dinner kat Flora Cafe Ampwalk. Dekat je dengan rumah saya. Kali pertama tahu pasal Flora Cafe ialah masa saya dan adik singgah Secret resepi tahun lepas. Secret resepi tu betul-betul menghadap Flora Cafe. Memang tangkap cintan lah masa ni. Terpegun dengan dekorasi bunga-bungaannya.


Sehari sebelumnya, saya terus contact dengan Mell (Manager Flora Cafe kot). Saya whatsapp je. Mell pun bagi detail macamni


Terkejut jugak tengok harga. Dah naik ek? sebelum ni saya search around RM100+. Maybe GST kot. Pakej tu ada 2 option sama ada nak masakan melayu atau western. Minuman cuma air sirap. Pakej tu termasuk sekali dengan decorasi lilin, alas meja dan bunga-bungaan. Tambahan RM70 jika mahu belon helium. Tak silap saya dapat 10 biji belon kot. 

Saya tak amik pakej kemboja tu pun. Belon pun tak amik. Cuma minta ala carte table decoration je. Sebab saya nak pilih sendiri makanan nanti. Caj yang dikenakan adalah RM100. Saya pun bank in deposit RM100 dan terus book date. Awal pagi 12 haribulan tu masing-masing buat dek je. Takde wish anniversary pun. Rasa nak cekik usop gak masa tu.Haha. Kebetulan petang tu hujan lebat pula, memang gelabah la kami. Yelah, kami tempah meja pukul 8.00 malam. Pukul 6 lebih masih di opis. Terkandas. Balik tu memang kelam kabut la bersiap. Sampai di Flora Cafe pun dah pukul 8.35 minit malam. Mujur Mell ok. 

Sampai di depan pintu masuk Flora Cafe je, Mell terus tunjuk meja kat kami. Eh, heran jugak, camna dia cam muka aku kan? haha abaikan. Si Usop pula dok tersengih-sengih lebih dari kerang busuk lagi. Suka ler tuu..

Tengah tunggu order sampai. Masa ni, Zulaikha taknak duduk lagi dalam baby chair. Menu yang kami pilih:
  • Nescafe ais
  • Vanilla Lemonade
  • Spaghetti  Bolognese
  • Chicken Chop
  • Bubur Ayam
  • Sotong Kangkung
  Rasa menyesal pilih air vanilla lemonade tu. Dok bayang ada macam aiskrim vanilla. Tapi rasa macam air soda je pun. Jakun betul. Baik saya amik jus buah.. Lagi sedap.

 Dekorasi meja. Cuma tak puas hati sebab takda fresh flower macam bunga rose. Eh, tengok dalam blog orang len kemain ada taburan kelopak bunga rose, kenapa meja kami takde? Takkan RM100 dapat ini je? Ke kena request tambah bunga rose.

 Usop pilih chicken chop. Puas hati sebab sedap dan hidang dalam pinggan besar. Isi ayam lembut dan rangup. Jagung tu Zulaikha bedal makan.


Bubur Ayam beserta dengan bahan penambah rasa. Beli untuk Zulaikha ni. Sekali tengok, nahai mangkuk besaq depa boh. Boleh kongsi 2 orang makan. Memang gelak sakan kitorang. Zulaikha makan suku mangkuk je. 

 Ummi, Zulaikha dahagalah.
Ala, ummi lupa nak order air suam
Nah, minum susu dulu.
Susu pun sedapp ummi


 Febret saya. Spagetti sedap, kuah sedikit manis. Memang banyak sampai sengkak perut makan. Berbaloi harga dengan rupa, rasa dan kuantitinya.

Dessert kitorang, sotong kangkung. Terus tekak bertukar selera kampung. 
First time makan sotong kangkung tapi memang sedaplah. Kami terpaksa bungkus sebab perut dah kenyang sangat.

 Tiba-tiba ada pula photographer datang amik gambar kitorang. Tengoklah muka gedik zulaikha tu. Pantang kalau nampak abang. Hehe. Kek tu kami beli kat secret resepi je. Beli sebijik nanti tak habis pula, so belilah sepotong red velvet. Sedap.

Bergambar di hadapan pintu Flora Cafe. Sengih kemain sebab berak. Balik rumah pakai pampers je. Baju kena taik. Makan banyak sangat zulaikha ni. Mujur rumah dekat je.

Overall, makanan sedap, layanan tiptop. Harga berpadanan dengan rasa makanan. Kitorang bayar dalam RM180 camtu. Fuh jimat RM25.00. Sebelum balik kitorang jumpa Mell dulu dan ucap terima kasih. Dalam hati dok terpendam juga nak tegur Mell, kalau balas wassap letak skit icon smiley. Kan best bila orang berurusan. Bila dapat wassap terutama urusan bisnes takde icon smiley, apa rasa korang? macam baca mendatar kan? Nak beli ke tak. Cam gitu. Tips nak close deal dengan pelanggan seeloknya letak icon smiley pada setiap hujung ayat wassap. Nampak pelik kan? tapi cayalah cakap saya, orang akan lebih gembira bila dapat wassap/mesej macamtu.


Korang boleh hubungi Mell untuk sebarang tempahan. Kat gambar atas ni dah ada contact no dan page FB. Restoran tu bukan terhad untuk hari istimewa je tau. Diorang pun ada pakej lunch juga.

Alamat Flora Cafe
Ground Floor,
The Ampwalk 218,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Terima kasih sudi baca entry yang sangat panjang ni. Penat menaip. 
Nak tambah pahala, klik nuff sama ye. :)


12 ulasan:

  1. wahh sweetnya..teringin nak candle light dinner kat sini..tapi jauh pulak dari rumah..seremban ke ampang tu..huhu..apepun seronok dapat buat suprise untuk husband kan..

    eh sama lah anniversary kita 2 tahun.cuma fiza belum sampai date annyversary lagi :)

    btw, happy 2nd annyversary :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe candle light dinner kat PD la fiza, tuela rasa seronok juga. tapi tak brp suprise lah sbb dia asyik tnya nak g mna ni..haha

      Oh bila anniversary fiza? hujung tahun ek? thanx u so much. ;)

      Padam
  2. wahhh bestnya. romantik gak yong ni.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..malu pula yong.sekali sekala blaja jd romantik.

      Padam
  3. Alahai sweetnya. hehe. Candle light dinner pulak tu. oh yaa. jom join my first giveaway contest ;)!
    http://wadaluna.blogspot.com/2015/08/luna-conteng-totebag-giveaway-contest.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe sawit adalah wada. ok thanx ye invite..japg yong join :)

      Padam
  4. Alololo sweetnya FA buat surprise utk encik hubby... sekali sekala buat surprise mcm ni best jugakan?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe thanx ye nora. ituelah asyik suami je surprise, biar bini pulak yg surprisekan :)

      Padam
  5. Wah meleborr bnor senyum si usop tu.sy dh 3 taun kawen xdak p honeymoon mana pun hahahah.tp x pe,xdak honeymoon pun ank nk 2 dh hahah.suami sebok yakmat.xdan nk plan g memana pun.tmbh eco pun jatuh skang lg la pulak...g mydin meru jela gayanya ekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. Alhamdulillah sue dah dapat 2 anak.doakan yong pula ye lps ni. g shopping kat mydin pun best jg..brg murah, luas pulak tu. yg penting kualiti time dgn family kan?

      Padam
  6. haah..stuju pasal icon smiley tu..kite ade msg bru2 ni..bila reply dia cmtu kite sa hmbar and fikir balik nk g ke xnak.. =(

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com