-->


Khamis, 13 Ogos 2015

Tips Mudahnya Bersedekah #1


 
 
MUDAHNYA BERSEDEKAH

Sekarang dah tiba musim buah. Kalau dalam perjalanan balik kampung atau lalu kawasan kampung, cantiknya pemandangan buah-buah rambutan memerah dan menguning dipokok.
Tapi, tak kurang juga buahnya sudah mulai kekeringan di pokok. Tiada siapa sudi memetik. Adakah pemiliknya sudah tiada, atau tiada masa dan keinginan pun untuk memetik dan merasai manisnya buah rambutan itu?

Biasalah, bila dah musim rasa jemu makan tu akan datang menguasai tekak. Jangankan nak makan, nak pandang pun rasa tak selera.

TAPI.
Itu jika kita pemiliknya atau mampu beli. Sebab buah rambutan yang dijual boleh tahan mahal harganya walaupun sedang musimnya. Apa lagi bila sudah sampai ke tangan orang ketiga (pemborong) sebelum sampai kepada pembeli.

Di sini, saya dengan rendah hati ingin kongsikan tips Mudahnya Bersedekah.
Kita boleh gunakan tenaga kita untuk memetik buah-buah rambutan itu. Petik buah rambutan ni agak renyahkan? Tapi takper, setiap titisan peluh yang menitis, setiap tenaga yang kita keluarkan, pasti dicatat sebagai pahala.

Sumber google 
 
Kumpulkan rambutan itu.
Tapi nak sedekah pada siapa?
Kita lihat kejiranan kita. Mungkin jika di kampung, setiap penduduk kampung pun ada pokok rambutan. Dorang pun taknak kot!

Tapi, Malaysia ni kan ramai warga asing!
Mereka mungkin kerja di kawasan kita tinggal. Contoh kalau di felda, ada warga Indonesia bekerja ladang. Letak ajer rambutan itu dikedai runcit. Pesan kat tuan kedai, "saya nak tumpang letak, nanti tolong bagitahu, sesiapa nak rambutan ini, ambillah".

Atau, boleh juga usaha lebih lagi.
Kirim kat anak-anak yang dok bandar, jika mereka balik kampung, kirimlah untuk beri pada jiran atau rakan sekerja. Letak di masjid pun boleh.
Tak apa, jika tak ada orang ambil pun. At least kita usaha untuk bersedekah dan mengelakkan pembaziran.

Siapa tahu, ada orang yang lalu-lalang tepi pokok rambutan kita tu terliur atau terdetik dihatinya: "sedapnya rambutan tu, teringin nak makan, nak mintak segan". Kita mungkin dah tunaikan hajat mereka itu.

Lagi sekali, takder orang ambil pun takper, tapi InsyaAllah, kita dah dapat pahala niat nak sedekah, pahala mengeluarkan peluh dan usaha panjat/kait buah, buang semut-semut pada buah, ikat tangkai buah tu, hantar ke kedai/masjid/kirim pada anak.

Tapi, kalau dah malas sangat atau may be mak ayah kita tak larat nak panjat atau kait buah rambutan tu, tulis kat papan atau kertas besar-besar, tampal kat batang pokok atau mana-mana la yang orang boleh nampak dengan mudah:

"BUAH RAMBUTAN UNTUK DISEDEKAH, JANGAN MALU JANGAN SEGAN, SILA AMBIL, TAPI PETIKLAH SENDIRI YER"

Hehehee, abis citer.

Jangan biarkan buah kering dipokok, Allah bagi rezeki tu, elok kita kongsikan. Bukankah tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima?

SEMOGA IDEA INI BERMANFAAT. INSYAALLAH.

P/S: saya takder pokok rambutan, ada pokok cabai dan pokok pandan je. Pokok cabai pun baru berbuah satu..hehehe

Copy paste dari FB: Rahayu Rashid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com