-->


Rabu, 9 September 2015

Hadiah Sketch Picture dari Eintan Nurfuzie

Semoga hampa semua diberikan kesihatan yang baik ye. Saya ni suka sangat join giveaway atau apa-apa peraduan. Minat dari kecik. Bulan lepas saya ada join Giveaway Sketch Picture by Eitan Nurfuzie dan alhamdulillah terpilih antara blogger bertuah untuk di sketch kan gambar.

Saya bagi gambar ini kat Cik En



Dan inilah hasilnya

Sama tak?  Seriously, saya suka sangat dengan hasilnya. Cik En cakap gambar yang saya bagi tu agak kabur. Sorry, cik En saya pakai hp cikai je. Semua gambar pun kabur tapi saya suka sangat dengan gambar ini. Dalam gambar tu ialah suami dan anak saya. Masa gambar ini diambil, kami dari kampung di Kedah dan on the way nak balik KL, singgah di Ladang Anggur Beris, Sik Kedah.

Seingat saya, masa ini Zulaikha baru 5 bulan lebih. Baru pandai meniarap. Sekarang, lagi 2 hari nak masuk 11 bulan. Dah banyak akalnya. Stokin pun tak nak pakai. 

Terima kasih Cik En sudi sketch gambar saya. Entry saya menang boleh baca di SINI.

p/s : Cik En mengambil tempahan sketch gambar anda dengan harga RM10 perpcs. Murah tu.

1. Gambar terang, jelas/closeup dan high pixel tanpa edit
2. Hanya Sketch Hitam Putih sahaja
3. Full Payment sahaja akan dimasukkan dalam list order dan akan dibuat mengikut giliran
4. Tempoh masa untuk disiapkan dari 1 hingga 7 hari
5. Pemberian hanya pada softcopy sahaja
6. Boleh PM atau email ke eintannurfuzie@gmail.com untuk pertanyaan lanjut




3 ulasan:

  1. mekasih2.. hihih.. xpe.. pasni klu de pe design bgi yg cun punye ok?

    BalasPadam
  2. wah bestnyaaa! lawa. tahniah kak


    saya tag akak di sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/09/giveaway-rm200-by-mikhaicom-2015.html :)

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com