-->


Jumaat, 27 November 2015

Tudung Terbaru

 

Bagi wanita yang berhijab sudah tentu tudung adalah keperluan buat mereka. Ianya wajib dipakai apabila mahu keluar dari rumah. Ini adalah kerana bagi Muslimah menutup aurat itu adalah satu kemestian dan telah dituntut oleh agama. Apa yang menarik ialah fesyen tudung kini semakin berkembang dalam dunia fesyen. Terdapat banyak koleksi tudung untuk wanita yang mempunyai rekaan yang lebih moden dan pastinya membuatkan anda kelihatan lebih stylish apabila memakainya.

Mencari tudung yang sesuai adalah mudah kerana hampir di mana-mana sahaja terdapat kedai pakaian yang menjual tudung wanita. Daripada kedai-kedai kecil di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman yang terkenal semasa musim perayaan sehinggalah ke butik-butik terkemuka semuanya ada menjualkan koleksi tudung terkini. Memang rambang mata kerana terdapat pelbagai pilihan menarik tudung. Bukan sahaja rekaan tudung terbaru wanita semakin moden malah pilihan warna yang pelbagai turut memainkan peranan mengapa hijab mendapat permintaan yang semakin tinggi dalam pasaran. Ditambah pula dengan corak-corak menarik seperti bunga-bungaan dan tribal print kini semakin mudah untuk anda bergaya.

Rekaan tudung kini bukan sahaja terhad kepada tudung bawal malahan juga tudung awning, selendang, tudung syria, dan instant shawl. Terpulang kepada citarasa anda untuk memilih jenis dan cara penggayaan tudung.



Selain itu tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat.  Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai. Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik. Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan.


Menggayakan tudung wanita sangatlah mudah kerana ianya sangat flexible dan boleh dipadankan dengan bermacam-macam jenis Muslimah tops. Malah tudung juga sangat sesuai untuk dipakai bersama pakaian tradisional atau Muslimah wear seperti baju kurung moden, kaftan, jubah, blouse Muslimah dan bermacam-macam lagi. Kini anda boleh beli tudung online kerana terdapat banyak butik fesyen Muslimah di luar sana yang menawarkan koleksi tudung atau hijab yang cukup meluas dengan harga murah dan berpatutan.


P/S: Dulu-dulu masa zaman study di UiTM, saya cuma reti pakai tudung bawal je.. Sekarang, bila tengok macam-macam jenis selendang ada jual, terus try pakai. paling suka instant shawl la..senang tak payah nak iron bagai, sarung je kat kepala. Almaklumlah, kite ni malas sikit bab iron2 ni. Mujur suami rajin tolong ironkan pakaian ke pejabat..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com