-->


Khamis, 25 Februari 2016

Jimat Berbelanja di Ensogo Malaysia..Confirm Rambang Mata

Siapa suka online shopping? cepat like.. Saya tak nampak pun kalau korang angkat tangan. hihi. shopping bukan merupakan suatu perkara asing sekarang ini. Boleh kata semua perkara di hujung jari sekarang. Banyak kebaikan yang boleh kita dapat melalui beli belah atas talian.

3 reasons online shopping is better than In Store Shopping.  Speaking jap..

3 sebab membeli-belah atas talian lebih baik dari membeli belah di kedai

1. Tak perlu risau tentang parking
    Shopping kat mall biasanya akan hadapi masalah susah dapat parking. Buang masa sebab cari parking je. Ala tak payah tengok mall, nak pergi kedai biasa tepi jalan macam 99 Speadmart tu pun kadang-kadang susah dapat parking. Shopping online senang, duduk je kat sofa sambil minum kopi.

2. Jimat wang
    Korang boleh save on minyak kereta, bayaran parking dan duit makan. Minyak makin mahal sekarang ni oii. Dah penat-penat shopping mesti nak kena makan dulu sebelum balik.

3. Boleh shopping tak kira masa
    Kesibukan kerja kadang-kadang membataskan diri kita dari keluar membeli belah. Korang tak perlu risau, sebab korang boleh je online shopping bila-bila masa yang korang suka. Nanti service online shopping akan deliver barang sampai depan pintu rumah korang.

ENSOGO  

Haa, ,malas nak hadap jalan sesak?  Stress mencari parking yang selalu penuh? Penat nak beratur panjang untuk bayar tiket parking? Penat juga beratur panjang masa nak beli barang sampai rasa macam nak letak balik barang dan terus balik rumah dengan tangan kosong? Haa..dah jangan nak stress memanjang. Inilah masanya korang cuba berbelanja di Ensogo. 



Ensogo merupakan destinasi membeli belah dalam talian di Asia merangkumi Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Filipina dan Thailand yang menampilkan pelbagai pilihan produk eksklusif serta menawarkan perkhdimatan pada harga yang paling kompetitif. Antara kategori produk di Ensogo ialah barangan fesyen, elektronik, perkakas perabot dan rumah, produk kecantikan dan barangan runcit. Boleh dikatakan serba lengkap. Cuma sediakan duit je..

Tak perlu risau jika tiada kemudahan komputer atau laptop. Cari ENSOGO App di dalam aplikasi Google play. Kemudian, Korang download je ENSOGO App di Smartphone korang. Selepas itu, korang masukkan kod yang diberii. Korang akan dapat potongan harga RM20 untuk setiap pembelian pertama.

Untuk memulakan pembelian pertama, korang hendaklah daftar dulu di Ensogo dan create satu akaun korang. Senang nak shopping nanti. Kalau taknak terlepas sebarang promotion best atau update terkini, lebih baik korang langgan email dari Ensogo. Korang akan dapat baucar tunai RM10 untuk pembelian pertama. Untung sangat. Dah RM30 potongan korang dapat. Saya kenal Ensogo dari tahun 2014. Setiap pagi mesti nak belek email dari Ensogo. Rambang mata kot. Barang dahlah best2, murah pula tu. Setiap hari ensogo akan ada buat flash sale pada jam 10 am dan 8 pm. Memang harga runtuh boleh dapat masa ini.


Kaedah pembayaran yang pelbagai menyenangkan korang. Kredit kad boleh, internet banking boleh, Paypal boleh. Nak cash on delivery pun boleh. Lagi senang, dapat barang terus bayar. Minggu ini gaji bakal masuk. Apa lagi, saya mulalah plan nak beli macam-macam. Jom tengok barang apa yang saya teringin sangat.


1. Photobook Malaysia E-Voucher for Personalised 4R Photo Prints

Saya memang suka beli photobook sebab saya banyak capture gambar anak sedang membesar. Jadi, boleh print gambar 4R dan jadikan sebagai kenangan. Ni saya dah add to cart pun. Murah sangat kan dengan harga RM2, diskaun 98% boleh dapat 25 keping gambar 4R. Kat luar pun tak dapat dik oiii..


2. PanTree + 5 Tier Stainless Stell Food Container


Saya memang suka sangat masak. Sejak bergelar isteri dan ibu ini memang saban hari asyik cuba menu baru je. PanTree merupakan periuk keluli tahan karat dan boleh menjimatkan ruang penyimpanan di kabinet dapur korang. Macam saya, dapur kecik. Biasanya saya bawa bekal ke tempat kerja. Dengan adanya food container tu saya boleh bawa bekal dalam kuantiti yang banyak dan belanja rakan sepejabat. Hehe. RM35, potongan 71%. Jimat RM84. Dapat 2 jenis barang pulak tuh.

3.  Watch Quartz Bracelet Quartz


Geramnya tengok jam ni.. lawa sangat. Korang tengok harga dia. Dari RM248 jadi RM31 kot. Aishh memang ensogo ni buat hal lah.lambai-lambai kite suruh beli jam dia. Dah lama saya tak pakai jam baru. Nampak bergaya jam ni.

4. Smart LCD Digital CalendarTempAlarm Clock with Night Light Sensor


Husband saya dah lama pesan cari jam loceng digital macamni. Senang nak tengok katanya. Jam loceng kitorang sekarang ada dua. Satu sound dia dah makin slow, satu lagi memang rosak. Ni Zulaikha punya kerja lah. Suka main lepastu baling. Alarm Clock ni unik sebab selain ada paparan masa, juga terdapat paparan kalendar, suhu dan semestinya berfungsi sebagai penggera.Harga asal RM88. Promosi sekarang boleh dapat dengan harga RM27.90

5. Sharp 32"WXGA LED TV

TV rumah saya dah lama rosak. Ada la satu TV lama, tapi kecik. Tak puas nak tengok cerita. Dah lama berangan nak beli TV baru. Harap-harap cik abang belanja TV Sharp ni satu. hehe.

Rambang mata tau bila buka website Ensogo ni. Itu sebahagian dari barangan idaman saya. Korang pun mesti ada pilihan hati sendiri kan? Apa pilihan korang. Jom share dengan saya di bahagian komen.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh jika korang berminat untuk menjana pendapatan, Ensogo ada caranya. Ensogo menawarkan program Affliate dan Everyone Can Sell On Ensogo. Bagaimana caranya?

Affliate : Sign up di sini


Selepas akaun affliate korang dah diactivated, korang dah boleh start promote produk atau website Ensogo di laman sosial seperti Facebook, Google+, Twitter dan blog. Korang akan dapat komisen 7% jika ada orang klik di mana-mana link yang korang promote tu dan membeli apa-apa produk dari Ensogo.

Everyone Can Sell On Ensogo : Sign Up di sini 


Kembangkan perniagaan korang melalui Ensogo. Tiada caj tersembunyi yang dikenakan. Korang boleh jual apa sahaja produk dan orang memang nak cari produk tu. Sebagai contoh, jual handbag, barang baby dan produk kecantikan.


Untuk keterangan lebih lanjut sila layari :

Website : www.ensogo.com.my 

Facebook :  Ensogo Malaysia

Call : +603 2022 0080

Email : my.help@ensogo.com





7 ulasan:

  1. wowww, julia pun suka ENSGO tau, memang rambang mata sangat2...lagi2 julia suka makeup memang congok situ lah memilih...besttt la...rekemen

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..julia mmg bergaya. yong tak pandai mekap.. :)

      Padam
  2. nanti bila dpt tunggakan gaji DG48 ni abam kie nak shopping sakan kat sini!

    BalasPadam
    Balasan
    1. abam kie mesti byk duit ni..belanja sikit..hehe

      Padam
  3. wah tak perasan pulak sogo ni ada online website for shopping gak...
    too bad I'm in a fasting from online shopping phase tho :D

    BalasPadam
  4. sama la..kaki shopping online jugak..malas nak p mall shopping.huhu
    besanye lazada la yg salu jadi port shopping.

    BalasPadam

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com