-->


Khamis, 12 Mei 2016

Cara Nak Dapat Like Banyak di FB


Bila orang tengok hashtag wall FB saya, mesti terselit juga pertanyaan apa tu ‪#‎GSLTam‬ ‪#‎GSLef‬?
Mai nak explain sikit sebanyak pasal GSL. Serius, dulu macam segan ja nak bagitau orang. Owh aku join group support like. Yelah, mindset manusia kadang kala akan terus judge "oh, gila LIKE rupanya dia ni".


Sekarang saya dah tak malu. Malah bangga dengan GSL ni. GSL bukan semata-mata GROUP untuk raih LIKE. Lebih dari itu. Antaranya saya belajar banyak tips menarik BERIKLAN di FB personal, macamana nak BRANDING diri di personal FB, macamana nak tarik LIKE pada wall dan yang paling best saya dapat lebih ramai rakan positif. :)


Saya kenal GSL melalui sis Anys Idayu Zakaria. Seronok baca status-status dia terutama yg berbentuk motivasi dan ilmu bisnes. 1 status saja LIKE cecah lebih dari 100+. Saya cakap kat sis anys, saya sedih tengok wall saya. Dia approach saya lepas ni takde sedih-sedih dah sebab saya akan berada dalam kelompok positif dan hari-hari dapat aura positif.


Lepas join GSL batch Tam saya terus upgrade diri ke GSL Elite Force. #GSLef ni gabungan semua batch2 GSL. Networking jadi lebih besar, setiap bulan pengasas GSL Tuan Khairul Zahrin Abd Karim akan sponsor kelas bersama-sama sifu hebat.


Saya pernah join kelas bersama tuan Aqif Azizan, Tuan Izan Shafie dan terbaru semalam saya belajar kelas STORITELLING dengan Tuan Al-Irfan Jani. Sangat berbaloi sertai GSL ni.


Kami bukan sahaja fokus pada bisnes dan duniawi semata-mata. Kami kejar ukhrawi, kami ada matlamat yang jelas. Buktinya Pasukan Amal GSL (PAG) ditubuhkan. Baru-baru ni saya sertai misi membantu golongan gelandangan di sekitar KL. Dari situ terdetik di hati saya, saya perlu kaya sebab saya kena bantu ramai lagi orang yang susah.

 Keratan Akhbar Harian Metro Edisi Utara 9 May 2015.

Ituelah abam tampor kami. Nak kena tampor? Kalau berani, joinlah GSL. 


Tahniah tuan Khairul Zahrin aka abam tampor kerana tubuhkan GROUP super awesome ni. Sekarang saja ahli GSL dah melebihi 1000 orang. Terima kasih selalu tampor saya. Saya akui sale saya belum berada pada tahap yang memuaskan tapi saya tak pernah menyesal masuk group ni.


Sekarang nak happy, nak pahala buka je FB. Baca semua update sahabat positif.
Post paling tinggi yang saya dapat sejak join GSL ini ialah 200+. Tak caya tengoklah FB saya, kat sebelah kanan blog ini ada link FB saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com