-->


Isnin, 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Hari ni genap 16 Mei 2016, hari guru disambut meriah di seluruh negara.  Pagi tadi, masa nak pergi kerja nampak meriah taska kat rumah saya tuu. Budak-budak bawa hadiah untuk cikgu. Cikgu pula ada 3 orang je. Seronok le semua pakat dapat hadiah dari anak murid. Best kan jadi cikgu ni? Tapi i tak minat nak jadi cikgu. haha.

Teringat kenangan masa sekolah menengah dulu. Sambutan hari guru sangat best. Ada sukaneka antara guru dan pelajar. Lepastu kitorang berkumpul dalam dewan, dengar ucapan hari guru dari pengetua, tengok persembahan yang disediakan oleh para pelajar untuk guru dan acara penyampaian hadiah. Setiap tingkatan ada sediakan kad ucapan dan hadiah untuk dijadikan kenangan  sekolah. Memang kreatif kad ucapan kami buat untuk cikgu (masuk bakul angkat sendiri :P)  Hadiah individu bagi sendiri lah kat cikgu febret. Cikgu yang tak friendly tu sikitlah dapat hadiah. Haha. 

 Contoh doorgift hari guru. Baby Macaron.

Ni saya selitkan sedikit ucapan hari guru. Saya copy paste je dari group Whatsapps

Untukmu Guru Tersayang.....
S - seluruh negara meraikanmu
E - engkaulah insan mulia
L - lelah penat mu tak pernah jemu
A - atas semangat mu yang jitu
M - mencurahkan bakti tanpa henti
A - agar menjadi insan pekerti
T - tanpa mu hidup ini tiada erti

H - hadir mu sungguh bermakna
A - akur pada sebuah hakikat
R - revolusi baru jadi penentu
I - inovasi mu menjadi penjana

G - gagasan yang berilmu
U - untuk bangsa
R - rakyat Malaysia
U - untuk agama....

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
🇲🇾Selamat🇲🇾
💖Hari Guru,💖
16 Mei 2016




Cantik kan? Cantik dipandang sedap dimakan tau. Saya menerima tempahan baby macaron untuk sebarang majlis. Customer boleh pilih sama ada nak buat doorgift sendiri atau nak kami tolong bungkus dan hiaskan. Baby Macaron mempunyai dua perisa iaitu nutella dan peanut butter. Customer juga boleh request warna. In shaa Allah anda akan berpuas hati :)

Nak order boleh whatsapps/mesej saya ye Farah: 013-4447389.
Pm saya kat FB pun boleh. Ni link FB saya Farhain Azmi :)

Terima kasih kerana sudi baca entry ni :)


3 ulasan:

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com