-->


Jumaat, 31 Mac 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Happy friday uolls! Bestlah tu esok dah weekend. Bagi yang ada anak-anak tu mesti dah berhutang janji nak bawa anak pergi jenjalan ataupun masak makanan kesukaan diorang kan?

Pss meh sini nak bisik sikit.. Korang tau tak Lazada ada buat Lazada Big Baby Fair? Lazada Big Baby Fair bermula dari 29 Mac hingga 2 April 2017 (11.59 pm). Ya Allah, item yang dijual di Lazada tersangat murah tauu..ada yang bermula dari harga RM1. Diskaun sehingga 85%. Sempat lagi ni shopping barang keperluan anak-anak, Takde anak, boleh je beli hadiahkan something special kat anak kawan, anak sedara atau anak jiran. Jangan anak kucing sudahh..hee :) Gurau je lah.

http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/

Kakyong memang dah biasa sangat shopping dengan Lazada ni. Sampai habis suami, adik ipar, kakak ipar semua terjebak dengan Lazada. Asal buka website Lazada je, mesti terklik pastu terbeli. Weh, korang pandai betul goda we olls ye :)

Baru-baru ni Lazada sambut ulang tahun ke 5, kakyong sempat shopping beberapa item. I tersangaatt jelesss kat bloggers yang dapat hadiah Lazada Surprise Box bernilai RM400 tu.. Sob sob sob. Apa-apa pun kak yong still support Lazada tauu. Happy 5th Anniversary Lazada.

Ok, jom jawab beberapa soalan dari Lazada. 

1. Apakah lampin pakai buang kegemaran anda.




http://www.lazada.com.my/petpet-mega-pack-l-64s-3-packs-1994515.html?ff=1&rb=3290 
PETPET MEGA PACK L64S

Kakyong dan suami memang selalu shopping diapers Petpet dengan Lazada. Alasannya lebih murah dari beli kat mall. Lagipun senang, Lazada terus hantar depan rumah. Tak payah nak penat berangkut. Kitorang selalu beli dalam kuantiti yang banyak. Kak yong ada 2 anak. Seorang umur 2 tahun 6 bulan, sorang lagi baru 2 bulan. Biasanya kak yong beli saiz L untuk kakak Zulaikha dan saiz S untuk si adik, Firas. Pengalaman selama hampir 3 tahun guna jenama Petpet ini ialah tak mudah bocor dan cepat serap air. 


2. Apakah susu formula kanak-kanak pilihan anda


http://www.lazada.com.my/dumex-dugro-3-1-3-years-900g-2103105.html?ff=1 
DUMEX DUGRO 3 FOR 1-3 YEAR (900G) 

Susu kesukaan Zulaikha tentulah Dumex Dugro. Sebelum ini, dah cuba bagi dia minum susu jenama lain tapi dia 'refuse'. Mungkin tak kena dengan selera dia kot. Firas masih menyusu badan. Dumex Dugro ini berharga RM22.90, diskaun 16% dari harga asal tau. Murah kan? 


3.Pilih satu produk dari Lazada Malaysia yang anda inginkan untuk anak anda
http://www.lazada.com.my/bellelli-leonardo-car-seat-red-14526773.html?ff=1 
BELLELLI LEONARDO CAR SEAT 

Zulaikha dah ada car seat. Sekarang turn Firas pula. Kak yong teringin nak hadiahkan car seat dari Bellelli Leonardo ni kat Firas. Cantik warna merahnya. Biar warna sama macam car seat kakaknya.  Harganya RM1425.60 selepas diskaun 10%. Car seat ini penting bila kita nak berjalan jauh dengan kereta. Kita perlu titikberatkan hal keselamatan anak-anak.

Antara ciri-ciri car seat ini ialah boleh:
  • menampung berat kanak-kanak dari 0-18kg
  • Kerusi ini ada sistem praktikal dengan tali pinggang yang boleh dilaraskan dengan 5 points pelarasan ketinggian
  • Posisi boleh diubahsuai sama ada untuk duduk mahupun baring
  • Cover kerusi ni mudah dikeluarkan dan dibasuh


Apa pula barang baby yang korang nak sangat beli kat Lazada? Klik Lazada Big Fair Baby Contest untuk menjawab soalan-soalan di atas tu. 



Read More

Jumaat, 17 Mac 2017

Giveaway: Link With Me


http://sishawa.blogspot.my/2017/03/giveaway-link-with-me.html 
KLIK BANNER UNTUK JOIN GA

Jom kawan-kawan semua kita meriahkan GA ini dan sokong sesama blogger :)
TARIKH TAMAT: 26 MAC 2017
Read More

Ahad, 1 Januari 2017

Tip Penjagaan Bahagian Intim Wanita dengan Spray sahaja

Lazimnya, majoriti daripada kita  lebih menitik beratkan soal penjagaan wajah dan kesihatan kulit sehingga sanggup berhabis wang untuk memastikan wajah dan tubuh badan sentiasa cantik. Namun begitu, penjagaan bahagian intim wanita (vagina) juga perlu diambil kira. Bak kata orang tua, tubuh kita ni nak pakai lama. Tambah-tambah bagi yang dah berkahwin dan telah melahirkan anak. Jadi, tak boleh ambil mudah tau pasal kesihatan vagina hampa.



Sekarang ni kan, pelbagai jenis pencuci wanita ada di pasaran. Tapi hampir kebanyakkannya berbentuk cecair. Pernah dengar atau jumpa tak pencuci wanita jenis semburan? Haa, mai nak cerita sikit ni.  Memperkenalkan produk inovatif pencuci wanita Feminine Mist keluaran Furley Bioextracts yang direka untuk membantu kita sebagai wanita kekal bersih dan sihat! Feminine mist ni senang sangat tau nak guna sebab bentuknya yang comel,kecil, mudah dibawa ke mana-mana dan cuma perlu spray sahaja ke bahagian intim atau panty liner. Dah siap! Best kan? Saya sendiri dah guna dan teruja bila pertama kali berjumpa dengan produk ni. Yelah, sembur-sembur je dah siap.


Rangkaian produk penjagaan diri Beaute' dikenali ramai sebagai produk yang semulajadi, selamat dan berkesan. Feminine Mist dirumus khas untuk memberikan kesan dengan pantas dan berpanjangan untuk mengembalikan keremajaan dan kesegaran wanita. Pendek kata, sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan umur baik yang remaja hinggalah ke golongan menopous. Tahap hormon berubah seiring dengan pertambahan usia, dan ini boleh memberi kesan kepada bahagian intim seperti kekeringan.

Dihasilkan dari ekstrak tumbuhan manggis dan manjakani. Produk ni menggunakan bahan semula jadi tau. Takda unsur-unsur bahan kimia. Feminine Mist bertindak membantu melawan jangkitan bakteria, fungus, keputihan dan menganjalkan kulit. Dengan serta merta, kita akan dapat merasai perbezaannya. Kadar penyerapan yang tinggi membantu kita kekal kering dan segar sepanjang hari.
KELEBIHAN FEMININE MIST
  • Mengekalkan keseimbangan PH optimal vagina
  • Anti-bakteria dan anti fungus
  • Mudah dibawa dan Cepat digunakan
  • Menganjal & mencerahkan kulit vagina
  • Menghilangkan bau & gatal-gatal
  • Mengurangkan keputihan
  • Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
  • Melegakan kegatalan akibat rambut yang tubuh
  • Kesan melecet
  • Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
  • Semula jadi dan berasaskan air, tidak merengsakan 
  • Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang peringkat proses)
  • Boleh digunakan setiap hari
  • Menyegarkan

 

Tengok botol dia langsing je. Nama glamor untuk Feminine Mist ni ialah FemMist Pink gitu sesuai sangat dengan namanya Feminine Mist. Satu botol mengandungi 35ml dan boleh digunakan sebanyak 300 kali. Haa, jangan taktau kecik-kecik cili padi. Walaupun bersaiz comel, tapi sangat menjimatkan, senang digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja.

3 LANGKAH MUDAH UNTUK KESEGARAN SEPANJANG HARI
  • Mudah dibawa. Simpan dalam tas tangan korang.
  • Sembur ke bahagian intim atau panty line.
  • Siap!
Cadangan penggunaan: Gunakan 3 kali sehari, atau selepas ke tandas untuk kekal segar sepanjang hari.

Hampa jangan risau. Produk ni sememangnya selamat digunakan dan telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM, kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kilang telah mendapat pensijilan HACCP & GMP.

HARGA FEMININE MIST
Harga asal FemMist ini ialah RM48.00, 35 ml. Sekarang Furley Bioextract tengah buat sale diskaun sehingga 20% bermula dari 22/12/2016 sehingga 8/1/2017. Dan khas untuk pembaca blog ini, hampa akan dapat diskaun sebanyak RM10.00 dengan setiap pembelian FemMist ini di laman web Furley Bioextract dan masukkan Kod Khas yang saya nak bagi ni tau.

Coupon Code : FBIO-Y0K

Untuk pembelian boleh klik link ini ye : https://store.furleybio.com


Maklumat Lanjut Berkenaan Syarikat Furley Bioextracts

Ditubuhkan pada tahun 2008, Furley Bioextracts adalah sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia yang berstatus BioNexus. Syarikat ini memfokuskan teknologi dan RnD mereka terhadap makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal), memantau dan menguruskan proses daripada bahan mentah hingga ke produk siap, sekaligus memastikan kualiti dan keberkesanan rangkaian produknya. Furley Bioextracts berbangga dengan keupayaannya untuk menginovasi dan mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi, konsisten dan mencukupi demi kepuasan pelanggan. Pada tahun 2013, syarikat ini telah memenangi Anugerah Paling Inovatif dalam Bioteknologi dan Agroteknologi daripada SME Corporation Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, hampa boleh layari laman media sosial berikut:

Jom mulakan tahun 2017 dengan menitikberatkan soal kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita ye. Sempat lagi tu nak dapatkan diskaun FemMist :)


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com