-->


PENGENALAN DIRI BLOGGER

Nama sebenar saya Siti Nurfarhain Binti Azmi (Fuhh..siap bagi nama penuh tu). Saya lebih dikenali dengan nama YONG dan FARAH dalam kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Ada juga yang panggil saya FARHAIN, tetapi kadang-kadang panggilan itu membuatkan saya rasa sedikit kekok. Tak tau kenapa,mungkin nampak formal. Masa kerja di AEON Credit Services dulu manager bagi nama AIN pula sebab tak nak sama nama dengan member lagi sorang. Aishh.. intro nama saja dah cukup panjangkan? haha. Jadi, cukuplah panggil saya dengan nama Yong atau Farah ye.

Saya ni manusia normal macam orang lain juga..cuma saya minat menulis, membaca memasak dan berbisnes. Saya graduan Diploma Sains Kuantitatif, UiTM Merbok dan Ijazah Sarjana Muda Statistik, UiTM Kelantan. Sekarang, saya bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak sebagai Executive, Commercial & Sale Administration. Kiranya bidang kerja saya ni fokus kepada GST dan Akaun lah menggunakan sistem MYOB. Sesiapa yang mahir dengan MYOB dan akaun, sila kongsi ilmu dengan saya ye. masih terlalu banyak perkara yang saya kena belajar.

Kehidupan peribadi saya biasa-biasa saja. Saya merupakan anak sulung dari lima beradik dan berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Sekarang menetap di Kuala Lumpur.  Alhamdulillah, Allah bagi jodoh yang baik untuk saya dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Ceyh..sempat lagi puji anak sendiri..hehe. 

Saya ni seorang yang senang didekati, mudah bergaul mesra dengan orang dan kadang-kadang boleh menjadi sangat sensitif. Maksudnya, tak suka la orang cakap belakang2 tu..hehe. Saya serius menulis blog dari Mac 2013 kerana suka berkongsi pandangan dan persiapan kahwin saya pada masa itu. Makin lama saya rasakan blog ni bukan sekadar bercerita kehidupan peribadi seseorang, malahan boleh menjana pendapatan, menambah kenalan, menyertai giveaways best, berkongsi pengetahuan dan banyakkk lagi. Cuma sekarang saya kurang masa untuk update blog. sobs..sobs..sobs

Blog saya menyediakan pelbagai cerita berkisarkan kehidupan seorang wanita yang bercita-cita mahu menjadi superwoman. Kononnya lah kan.

Terima kasih kepada hampa semua yang sudi singgah di sini dan meninggalkan komen. Setakat tue jelah kot buat masa nie. Tolong jangan segan silu nak bertegur sapa dengan saya ye. Mana tau dengan 1 perkataan "hi"saja boleh menjadikan kita kawan baik kan?

Hubungi saya:
Google+ : Farhain Azmi
Facebook : Farhain Azmi
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,dah baca? Sila tinggalkan komen anda.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih singgah sini, nanti datang lagi ye..
Sayanggg hampa semua,

Regards,
Farhain Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Farhain Azmi Designed by azhafizah.com